NAMA
& SEJARAH KAMPUNG
Sejarah Kampung Felda Jerangau Barat
1
Felda Jerangau Barat telah dimajukan
pada Ogos 1973 yang mana
kedudukannya disebelah barat
Felda Jerangau ( asal-usul nama
Felda Jerangau Barat) di Zon Tengah Felda Wilayah Terengganu ( kod Rancangan: 3147 ).
Berada didalam dua
daerah iaitu sebahagian Kuala Berang dan Dungun. Dari segi politik
pula didalam Dewan Undangan
Negeri Dun Ajil ( N.24) manakala Parlimen Kawasan Hulu Terengganu ( P.38).
Felda Jerangau Barat boleh dihubungi melalui jalanraya Bukit Besi, Ajil dengan
jarak 35 km dari bandar terdekat
iaitu Kuala Berang dan 59 km dari Bandar Dungun.
Sehingga November 2004
jumlah penduduk Felda Jerangau Barat
seramai 1985 orang iaitu
dari peneroka dan keluarga serta
guru, Klinik, D’Mart serta kilang.
Kebanyakkan peneroka adalah
berasal dari kampung di sekeliling Felda
Jerangau Barat iaitu
Kampung Landas, Peroh, Pela, Bkt. Diman, Ajil dan Kuala Berang serta anak-anak peneroka rancangan Felda Jerangau dan Felda Bukit Bading. Peneroka yang
datang dari luar Negeri
Terengganu hanya dalam 20%
dari jumlah penduduk.
Atas persetujuan JKKK
lama maka kata
sepakat telah bersetuju
menubuhkan satu lagi
JKKK iaitu JKKK Felda Jerangau Barat 1. Ini
adalah kerana jumlah
penduduk yang ramai
dan keistimewaan banyak
berpihak pada rakyat
dengan adanya 2 JKKK.
Jkkk Felda J. Barat 1
telah diiktirafkan penubuhannya
pada Ogos 2009
dan di ketuai oleh
Saudara Jusoh b.
Ismail dan 14
orang lagi barisan
AJK.
No comments:
Post a Comment